Korang ada cadangan x?

Salam semua!!!!

Korang ada cadangan yang best x untuk diinovasikan? Post lah komen /cadangan / idea /masalah / luahan hati korang kat sini. Lau korang nyer idea dipilih, kitorang akan beri hadiah. Choop!!! Hadiah itu masih dirahsiakan. Apa pun, cepat2 la sumbangkan idea tu k!

34 comments:

  1. aku nk cdgkan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kaunter di bph, kita lontarkan cabaran kepada para pegawai gred 27-41 supaya bertugas selama 1 hari di kaunter aras 4 dan 7 untuk melihat sendiri pelbagai ragam dan maslah dpd pelanggan. Kepimpinan melalui tauladan kannnn... terutama kaunter aras 4. barulah dorg sndiri fhm, hayati n selami bnda2 nie.. ala setiap pegawai bertugas setengah hari jer, terutama hari gaji. best2 lau tgk dorg lyn pelanggan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. saya sokong peg. bertugas di kaunter (semua pegawai tak kira unit mana, kita kat One BPH)... kena pulak time UTK buat clamping... baru baguih dok ada... satu lagi sistem... cam tak pintar je... kena buat sistem lain tapi make sure all involve from starting and make a system as 1 BPH not Unit by Unit. Cost? let Kewangan find the money... hehehe...

    ReplyDelete
  3. bg sy pula...cadangan y terbaik adalah bila peg duduk sembg seperti kawan...dan tahu menghargai peg lain...jgn di sebabkan kepentingan sendiri kita lupa bahawa kakitangan bph telah bnyak memberi nama kepada pegawai atasan...hargai lah staff bawahan selagi kita mempunyai hati dan perasaan..belajar memahami diri sendiri baru boleh kita maju kehadapan..jgn malukan diri sendiri bila staff ckp 'kepala ada pusing,bikin semua org pening'so muhasabah diri utk menjaga hati...renung2kan...

    ReplyDelete
  4. kalau idea tu bergambar dan banyak yg nak diceritakan macam mana nak upload?

    ReplyDelete
  5. kalau idea tu secara bergambar leh email kat bph_inovasi@bph.gov.my

    ReplyDelete
  6. aku tak faham la. nape IT kat BPH tu nak sekat hampir kesemua intenet. nak kita berinovasi, tapi disekatnya saluran intenet kita. apa jahat sangat ke kami ni sampai nak sekat semua?

    cadangan : tangkap terus ja orang yang buat salah. hanya kerana seorang dua yang buat salah, habis semuanya kena. tapi kat unit tu, boleh plak buka facebok. adil ke camni? pada hal semuanya sama.

    ReplyDelete
  7. aku sokong sgt2.sampaikan nak cari maklumat kontek nombor staf kt mana2 jabatan pun susah. maklumlah sistem pintar bukannye lengkap sgt pun.

    kalau nak sekat baik sekat kat semua unit jgn unit tertentu je bole surf..apa istimewanya sedangkan sama2 bph.

    cadangan: hadkan masa tertentu cth waktu rehat mcm stgh2 jabatan lain buat.

    **kami bukannya gile sgt nk surf internet sampai tak buat keje lansung!

    ReplyDelete
  8. salam satu malaysia kepada semua

    saya ingin mencadangkan supaya 'ikon BPH ' tu ditugaskan di pusat perkhidmatan BPH di dewan zon 6A, p11. setuju tak ? sebab ?

    1) ikon BPH ni maksudnya telah mempunyai banyk kemahiran dalam tugasan rasmi seharian. ( multi tasking kan ? )

    ReplyDelete
  9. hai semua

    dalam kita nak berinovasi, proses inovasi ini tanpa hadnya, betul ? tanpa sempadan , betul ?
    jadi kalau nak betul2 berinovasi....jgn disekat laman kat internet tu....kami semua bukannya bodoh sgt tak tahu nak menilai yg baik dgn buruk...internet kita disekat bagai budak2..sekolah....sedangkan proses penginovasian tu tanpa sempadan, tapi kita sekat...nak berinovasi mcm ne
    ?

    ReplyDelete
  10. tv kt tngkt 4 tu elok tukar channel discovery...supaya kita lebih berinovasi,...ni buka channel cerita melayu...cerita indonesia...mcm org kampung....

    ReplyDelete
  11. jadikan budaya inovasi jadi budaya seharian...budaya biasa kita....tapi untuk berinovasi...hati kita mestilah tiada aura negatif...iaitu...jgn mendengki orng...kena open heart....belajar dengar luahan org bawah....sebab pengalaman org adalah lagi bagus dan efektif dari buku...
    renung2kan...dan selamat beramal.!!

    ReplyDelete
  12. apa salahnya budaya kerja kita seperti tmpt kerja google ? bnyk kemudahan disediakan supaya kita lebih berinovasi...

    budaya inovasi...memerlukan daya fikiran yg tajam...minda yg cergas...bukan duduk kat kerusi jer....cergas2kan badan...supaya kita semua lebih cergas...barulah idea2..baru terlaksana

    ReplyDelete
  13. cadangan supaya satu papan kenyataan ditampal dengan inovasi around the world...tak kisah apa saja inovasi...baru kita tersedar sikit...realistik...

    ReplyDelete
  14. nak tumpang tanya la, cadangan yang telah kami lontarkan ini akan dilaksanakan atau diberikan apa2 kata putus ke??
    kalu setakat hanya bercerita dan dijadikan papan pelepas ayat inovasi tapi, tiada apa tindakan dan kata balas mcm x guna gak...

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Semua komen diatas akan terus diemailkan ke unit inovasi. Jangan risau, semua komen diatas akan diberi perhatian sewajarnya.Bagi cadangan yang diterima, pihak UPID akan war-warkan melalui email.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  16. renungan hari ini...

    jangan terlalu marah orang yang salah... maafkan, cari jalan penyelesaian masalah bersama... itu terrbaekkk...

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  17. time kerja pun boleh berblog? ni
    lah yang dinamakan inovasi tanpa sempadan!

    ReplyDelete
  18. @budak cakoi Blog ini adalah salah satu aktiviti inovasi! Terima kasih atas pujian.

    ReplyDelete
  19. kerja kerja pejabat sape nak wat?

    ReplyDelete
  20. @budak cakoi Terima kasih di atas keperihatinan anda. Insya Allah, sekiranya mempunyai pengurusan masa yang baik, semua aktiviti boleh dibuat dengan baik.Kami yakin setiap kakitangan mempunyai sasaran kerja sendiri.

    ReplyDelete
  21. BPH menuju ke arah inovasi..tapi apa yang saya lihat dan alami sendiri, budaya kerja di BPH di bukannya nak mendidik atau mengajar jika staf buat kesilapan tetapi lebih kepada menghukum. "Punisment more than education". Cuba jika pengurusan tegur dengan berhemah than cadangkan penambahbaikan...mesti lagi membantu proses inovasi daripada menghukum sehingga staf menjadi takut untuk bekerja.

    ReplyDelete
  22. The size of your success is measured by the strength of your desire, the size of your dream, and how you handle dissappointment along the way.... - Robert Kiyosaki -

    ReplyDelete
  23. Tanniah diatas usaha meningkatkan perkhidmatan melalui idea/inovasi staff BPH.

    Sy ada satu cadangan yg mungkin boleh diberi pertimbangan. Kebelakangan ini sering dilihat masalah kelewatan staff kepejabat.

    Beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak pengurusan termasuk berjumpa secara face to face.

    Jika dilihat pada masa yang dicatit untuk kelewatan, kebanyakan berkelewatan adalah seminit, dua minit dan sebagainya.

    Alasan yang diberi oleh pelewat adalah susah mencari parking, lif penuh dan sebagainya.

    Pada saya, masalah ini boleh dikurangkan jika pihak pengurusan bertindak memasang/mengamalkan PRO TIME.

    PRO TIME bolehlah dipasang di lobi Aras 1, dimana memudahkan staff untuk scan pastag mereka dengan meletakkan kenderaan ditepi laluan untuk sementara.

    Jika diperhatikan, kebanyakan pelewat adalah dari staff-staff WP3, dimana parking memang menjadi masalah.

    Satu lagi cadangan adalah, mengosongkan petak letak kenderaan bersebelahan petak parking OKU di luar lobi Aras 1 untuk memboleh staff park sementara (park n scan) dan kemudian mencari parking tetap.

    Jika kemudahan ini di pertimbangkan, saya percaya mungkin akan mengurangkan kelewatan staff-staff BPH (jenis yang lewat dibawah 5 minit)tetapi kesemua hanya boleh berjaya jika ada komitmen dari staff-staff yang sanggup mengubah sikap dalam diri mereka.

    Thank You.
    Amarendran
    Senggara.

    ReplyDelete
  24. Salam satu malaysia,

    Bagus apabila ada satu platform untuk melontarkan idea-idea inovasi seperti di blog ini. Tahniah kepada yang menjayakannya.

    Cadangan saya, lebih elok diperkenalkan produk-produk inovasi BPH seperti salah satunya, One Stop Centre. Saya percaya ramai warga BPH yang tidak peka dengan kewujudan OSC ini dan fungsi-fungsinya. Sayang rasanya produk terbaik BPH tidak diperkenalkan. Letakkanlah gambar-gambar OSC tersebut di blog ini...lebih menarik kan...

    Salam ceria...warga prihatin...

    ReplyDelete
  25. Terima Kasih kerana membuka peluang kepada staff berkongsi idea yang mungkin boleh digunakan untuk penambaikan perkhidmatan di BPH.

    Satu cadangan yang ingin dikongsi bersama adalah tentang perkhidmatan di kuarters-kuarters kerajaan di sekitar Putrajaya khusus untuk pelawat.

    Jika diperhatikan kepada signage (papantanda) dalam bangunan apartment, amat terhad.

    Sebagai contoh : Jika ada saudapamara melawat penjawat awam yang menduduki kuarters jenis apartment, mereka akan menghadapi masalah untuk mengenalpasti unit yang hendak dituju sejurus keluar dari lif.

    Ini adalah kerana tiada tanda arah yang disediakan oleh pihak kita untuk memudahkan pencarian unit tersebut samaada unit kuarters berkenaan terletak sebelah kiri ataupun sebelah kanan.

    Cadangan saya adalah jika kita boleh menyediakan papan tunjuk arah berserta dengan nombor unit disebelah kiri ataupun kanan, ia akan memudahkan pencarian mereka. (contoh seperti di hotel-hotel, jika kita keluar dari lif terpapar unit-unit bernombor kiri dan Kanan)

    Saya pernah berkongsi idea ini kepada seorang jurutera JKR semasa membuat pemeriksaan kuarters bersama, beliau menyatakan perkara ini boleh dilakukan jika pihak BPH selaku tuanpunya bangunan mengarahkan JKR untuk menyediakan signage tersebut)

    Diharap perkara ini jika diimplimentasikan, akan memudahkan pelawat dan penghuni.

    Sekian, terima kasih.

    Amar
    Senggara

    ReplyDelete
  26. salam...

    Kenapa ada sesetegah pegawai yang panggil staff sokongan masuk meeting tujuan utk bg pendapat. tp bila bg pendapat tak nak terima, masih dalam keputusan yang sama dan tiada apa2 tindakan. siap gelak2 lagi...teruk sangat ke pendapat/pandangan staf sokongan?

    kalau begini baik kami diam..tungu dan lihat. tak perlu bg apa2 pendapat

    ReplyDelete
  27. Salam Satu BPH,

    Cadangan yang ingin dikongsi bersama sebagai penambahbaikan perkhidmatan BPH kepada penjawat awam yang menerima penawaran menduduki kuarters.

    Semasa penawaran kuarters kepada penjawat awam, lazimnya disertakan dengan surat tawaran dan syarat-syarat menduduki kuarters.

    Pernahkah kita terfikir, penghuni yang bakal menduduki kuarters ini mengtahui selok belok Presint ataupun Fasa kuarters yang ditawarkan?

    Jawapannya adalah tidak kerana mereka terpaksa membuang masa, tenaga dan wang (minyak kenderaan) untuk mencari Presint ataupun Fasa yang ditawarkan walaupun dalam surat tawaran telah tercatit dengan jelas Persint/Fasa yang ditawarkan.

    Sebagai contoh, jika seorang penjawat awam ditawarkan kuarters jenis apartment di Presint 14 ataupun 15 dan tercatit alamat Blok dan unit diFasa 14-7, 14-12 atau Fasa 1512A,1512B, mereka pasti akan menghadapi kesukaran untuk mencarinya kerana mungkin itulah pertamakali mereka membaca atau mendengar Fasa berkenaan.

    Cadangan saya bagi membantu mereka dan menambahbaikan perkhidmatan kita adalah setiap surat tawaran perlu disertakan dengan plan/lakaran dari pejabat kita ke Presint/Fasa yang ditawarkan.

    Plan/lakaran bolehlah disediakan mengikut Presint/Fasa dan disertakan mengikut tempat yang ditawarkan.

    Saya percaya dengan memberi petunjuk mudah ini, mereka akan mendapat gambaran yang jelas mengenai Presint/Fasa yang ditawarkan.

    Saya berharap Laman Inovasi BPH akan memberi pertimbangan/membincangkan idea ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih mantap kepada pelanggan kita.

    Terima Kasih.

    Amarendran
    Senggara

    ReplyDelete
  28. Salam 1 Malaysia,

    En Amarendran,

    Terima kasih diatas cadangan yang diberi. Pihak kami akan menyelaraskan cadangan Encik Amarendran dengan sewajarnya.

    ReplyDelete
  29. Apa guna inovasi jika orang luar/pelanggan tak tahu inovasi yang dicanang-canangkan? contoh Pusat Khidmat BPH di presint 11. Masih banyak orang luar/pelanggan tak tau apa fungsinya malah ada yang kata "tak tau pun ada kat situ" so we need to think how to xpose this 'inovasi' to the real world.

    welcome to the real world...
    the truth is out there...

    thanks,

    ReplyDelete
  30. Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

    Terlebih dahulu, UPID ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas komen tuan/puan. Untuk pengetahuan tuan/puan, dalam masa terdekat ini UPID akan mewujudkan facebook fan page BPH dan keahlian laman ini akan dibuka kepada semua pelanggan BPH. Fan page BPH ini merupakan salah satu transformasi penyebaran maklumat yang diinovasikan selaras dengan program transformasi kerajaan. Diharapkan dengan wujudnya fan page ini akan menjadi tempat pertukaran maklumat antara pelanggan dan BPH.

    Di samping itu, Unit Perhubungan Awam juga sedang menjalankan rundingan bersama Perbadanan Putrajaya untuk memasang papan tanda arah ke Pusat Perkhidmatan BPH di Presint 11 di sekitar kawasan Putrajaya.

    Sekali lagi UPID ingin mengucapkan terima kasih atas keperihatinan tuan/puan. UPID amat mengalu-alukan cadangan atau idea penambahbaikan daripada tuan/puan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  31. Salam, kat portal bph tu buat la satu pautan ke blog2yang berkaitan BPH (blog ni,RPP dll). senang skit.
    facebook fan page BPH.. menarik dan mencabar tu.. baru tau apa org fikir tentang BPH. apa pun as i said before, need to xpose to public...
    apa pun syabas kepada BPH.

    ReplyDelete
  32. one more thing, why not all staff at BPH put some promotion/Advertorial in their email like what En fadzil do.

    the truth will be revealed..

    ReplyDelete
  33. Aduan mengenai PenZINAan di salah satu kuaters PPA Presint 5 mereka telah dibuat. Namun tiada respond dari pihak BPH. Mereka memilih untuk Seen dan berdiam diri. Sedangkan mereka mempunyai kuasa meletakkan syarat & mereka juga selayaknya berkuasa Mengambil Tindakan terhadap aduan ini. Bukti ws juga telah saya sertakan namun mereka membiarkan saja penzina bergelak ketawa. BPH Sokong ZINA. BPH Support MAKSIAT berleluasa. Staff BPH semua KAFIR bukan Islam.

    ReplyDelete