BPH Naib Johan Anugerah Inovasi JPM 2009

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI J.P.M 2009

Sebagai pengisian kepada program inovasi, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan pertandingan inovasi yang meliputi enam (6) kategori. Berikut adalah senarai laporan pemenang anugerah :


(PEMENANG KESELURUHAN)

Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan & Pengurusan Malaysia (MAMPU)
e-Survey (Kajian Kepuasan Pelanggan Online)
“Sistem ini dibangunkan bertujuan bagi membolehkan pelaksanaan kajian dan penghasilan analisis secara online dan realtime. Ia dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan maklum balas responden yang terdiri daripada penjawat awam, swasta dan orang awam termasuk warga asing terhadap kajian yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan awam.”


KATEGORI : PENGURUSAN PENTADBIRAN

-JOHAN-
Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
e-Survey (Kajian Kepuasan Pelanggan Online)
“Sistem ini dibangunkan bertujuan bagi membolehkan pelaksanaan kajian dan penghasilan analisis secara online dan realtime. Ia dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan maklum balas responden yang terdiri daripada penjawat awam, swasta dan orang awam termasuk warga asing terhadap kajian yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan awam.”


-NAIB JOHAN-  

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
Projek Pengurusan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Port Dickson
“Projek ini mula dijalankan pada bulan November 2009 dan siap dibina pada 28 Ogos 2009.Pelaksanaan projek ini adalah untuk melengkapi kemudahan dan fasiliti di RPP sedia ada. Projek ini salah satu model kerjasama Kerajaan dengan swasta yang berjaya.”


KATEGORI : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

-JOHAN-
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Sistem Pengesahan Pesara Melalui Mykad (MyPesara)
“Sistem Pengesahan Pesara Melalui MyKad atau "MyPesara" adalah satu sistem yang menggunakan MyKad sebagai pengenalan diri pesara kepada pihak yang berkenaan. Penggunaan MyPesara memudahkan proses pengesahan indentiti pesara ketika mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan di hospital kerajaan dan memudahkan pihak pembekal perkhidmatan mendapat bayaran balik dari pesara/penerima pencen.”


-NAIB JOHAN-  
Jabatan Peguam Negara (JPN)
Sistem Laporan Status & Keputusan Kes-kes Terkini
“Sistem diwujudkan bagi membolehkan Timbalan Pendakwaraya dan Peguam Persekutuan di seluruh negara membuat laporan, meluluskan laporan dan memaparkan laporan secara online melalui portal JPN. Sistem ini turut membolehkan pengguna termasuk orang awam untuk melihat kes-kes yang diselesaikan di mahkamah pada hari sama secara online

 

KATEGORI : PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

-JOHAN-
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Laman Interaktif e-Audit
“Sistem ini membolehkan laporan/maklum balas audit diterima dalam tempoh dua (2) minggu berbanding satu (1) bulan sebelum ini dan memaparkan aktiviti sepanjang tahun Unit Audit Dalam (UAD), JPA. Laman ini juga membolehkan komunikasi yang berkesan di antara UAD dan auditi di JPA. Laman ini juga merupakan medium perkongsian ilmu dan alat pemantauan auditan yang efektif.”

-NAIB JOHAN-  
Pentadbiran Am, JPM
Sistem e-HELPDESK
“Sistem eHelpdesk ini bertujuan bagi merekodkan aduan/pertanyaan/masalah dari PTJ dan membuat analisa serta memberikan maklum balas/penyelesaian kepada PTJ secara elektronik yang berkaitan termasuk peraturan kewangan dan masalah sistem [eSPKB/eTerimaan]. Pembangunan sistem ini adalah selaras dengan Piagam Pelanggan Bahagian Akaun JPM iaitu memberi maklum balas kepada semua aduan dan pertanyaan yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh terimaan aduan dan pertanyaan.”

KATEGORI :PENGURUSAN ADUAN AWAM

-JOHAN-
Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan & Pengurusan Malaysia (MAMPU)
EG Helpdesk
“Sistem EG-Helpdesk ini telah digunakan untuk menerima aduan dari pengguna dalaman MAMPU,agensi-agensi luar yang menggunakan infrastruktur ICT, dan juga orang awam yang menggunakan perkhidmatan portal myGovernment. Perkhidmatan EG-Helpdesk dapat membantu penyediaan perkhidmatan yang berkualiti, konsisten dan menepati kehendak pelanggan.”
-NAIB JOHAN-  
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Sistem Maklumat Pengurusan Atasan (e-SMPA)
“Sistem pengurusan aduan pelanggan JPA melalui modul Aduan dan Akhbar dibawah Sistem e-SMPA dengan objektif mengumpulkan keratan berita perkhidmatan awam seluruh Malaysia oleh akhbar tempatan, mengenalpasti aduan dari pelanggan JPA dan memberi maklum balas terhadap aduan dan mengumpulkan soalan-soalan yang dikemukakan dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkaitan dengan JPA.”


KATEGORI : PENGURUSANKESELAMATAN

-JOHAN-
Jabatan Peguam Negara
Meningkatkan Kualiti Keselamatan Fizikal
“Pelaksanaan langkah-langkah meningkatkan kawalan keselamatan fizikal di bangunan baru JPN telah memberikan impak yang positif dalam melindungi kepentingan-kepentingan Jabatan secara amnya dan Kerajaan secara khususnya. Apabila keselamatan fizikal dilindungi dengan sebaiknya, maka akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan terjamin.”
-NAIB JOHAN-  
Pentadbiran Am, J.P.M
Pengurusan Rondaan Seksyen Keselamatan
“Sistem rondaan ini melibatkan aplikasi sedia ada dengan menggunapakai Card Access Management System sebagai sistem sokongan. Pengawal Keselamatan perlu menyentuh Card Reader dalam tempoh rondaan di setiap kawasan rondaan bagi mudah untuk mengenalpasti anggota yang bertugas. Kaedah ini dapat meningkatkan mutu pengawasan dan ketelitian ke atas anggota yang bertugas di kawasan rondaan yang telah ditetapkan.”

No comments:

Post a Comment