Penghargaan

Tahniah kepada yang telah dipilih!


SIGNAGE KUARTERS 

Amarendran a/l Rajaratnam
Satu cadangan yang ingin dikongsi bersama adalah tentang perkhidmatan di kuarters-kuarters kerajaan di sekitar Putrajaya khusus untuk pelawat. Jika diperhatikan kepada signage (papantanda) dalam bangunan apartment, amat terhad.

Sebagai contoh : Jika ada saudara mara melawat penjawat awam yang menduduki kuarters jenis apartment, mereka akan menghadapi masalah untuk mengenalpasti unit yang hendak dituju sejurus keluar dari lif. Ini adalah kerana tiada tanda arah yang disediakan oleh pihak kita untuk memudahkan pencarian unit tersebut samaada unit kuarters berkenaan terletak sebelah kiri ataupun sebelah kanan. 

Cadangan saya adalah jika kita boleh menyediakan papan tunjuk arah berserta dengan nombor unit disebelah kiri ataupun kanan, ia akan memudahkan pencarian mereka. (contoh seperti di hotel-hotel, jika kita keluar dari lif terpapar unit-unit bernombor kiri dan Kanan). Saya pernah berkongsi idea ini kepada seorang jurutera JKR semasa membuat pemeriksaan kuarters bersama, beliau menyatakan perkara ini boleh dilakukan jika pihak BPH selaku tuanpunya bangunan mengarahkan JKR untuk menyediakan signage tersebut)
Diharap perkara ini jika diimplimentasikan, akan memudahkan pelawat dan penghuni.




KAUNTER PEMBAYARAN 'PANDU-LALU' 

 Sazle bin Salehuddin
Selama ini kebanyakan pelanggan BPH membuat pembayaran seperti deposit kuarters, RPP, semua gelanggang, sewa ruang komersil dan ruang pejabat perlu hadir ke kaunter bayaran di blok B1. Seperti sedia maklum kesukaran seperti parkir berbayar dan mendapatkan pas melecehkan pelanggan dalam urusan pembayaran yang mengambil masa tidak sampai 5 minit.

FAEDAH               : Kaunter ini dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga terutama sekali pelanggan BPH

FUNGSI                : Kaunter disyorkan jenis yang boleh diuruskan. Antaranya :
                                 a)  sewa gelanggang
                                b)  sewa rpp
                                c)  sewa ruang komersil
                                d)  dan bayaran-bayaran lain yang tidak melibatkan urusan dengan BPH di blok B3